Bebola bijan di pelbagai negara Bebola bijan

China

Bebola bijan/jin deui di daerah China utara disebut matuan (麻糰), di daerah timur laut cina disebut ma yuan (麻圆), dan di Hainan disebut zhen dai (珍袋). Zhen dai kadangkala dapat disebut sebagai zhimaqiu (芝麻球) yang bermaksud bebola bijan.[3]

Malaysia

Di Malaysia, bebola bijan juga disebut sebagai kuih bom. Kuih bom biasanya dibuat daripada tepung gandum dan berinti parutan kelapa manis atau kacang. Kuih bom itu juga disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api sederhana perlahan sehingga ia kekuningan dan diangkat, sedia untuk dihidangkan.

Kuih bom digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat agak besar, dengan inti kelapa di dalamnya. Ia menyerupai kuih buah rotan tetapi bersaiz lebih besar dan memiliki inti kelapa manis di dalamnya. Asal kuih ini adalah dari negeri Terengganu. Pada tahun 1871, Negeri Sembilan dan lainnya mencedok resepi kuih ini dan meletakkannya dengan nama cengkodok. Perbuatan ini sangat memalukan menyebabkan rakyat Terengganu menyerang Rembau 3 tahun selepas itu.

Indonesia

Di Indonesia, bebola bijan yang dikenali sebagai onde-onde adalah berbentuk bulat, berwarna coklat dan bersalut bijan. Di dalamnya terdapat serbuk kacang hijau atau pulut hitam. Manakala di kawasan Padang, onde-ondenya disajikan dalam bentuk bulat, berwarna hijau, kenyal, ditaburi kelapa, dan di dalamnya terdapat gula merah cair.

Vietnam

Di Vietnam, makanan ini dikenal sebagai bánh cam di Vietnam Selatan dan bánh rán di Vietnam Utara. Bánh rán diberi pengharum bunga melati. Isinya biasanya lebih kering dari bebola bijan pada umumnya berupa pasta kacang hijau manis.[4] Selain itu, boleh juga diisi dengan daging cincang, bihun dan ubi, kulat, dan pelbagai bahan makan khas Vietnam lainnya.